Tuesday 19 April 2016

KARAOKE OTAI

KARAOKE OTAI....
Sementara menunggu kesemua peserta tiba di garisan penamat....diminta otai otai semua yang ingin berkaraoke naik ke pentas untuk mendendangkan lagu.Samada suara sedap atau tidak....setiap penyanyi akan dapat satu helai tshirt "Karaoke Otai"....limited edition.
Boleh bawa koleksi lagu sendiri..bawa pen untuk sign kontrak....manalah tahu.


Tshirt Limited Edition oleh MTB DESIGN PREMIUM.

Sumbangan Tshirt Limited Edition oleh MTB DESIGN PREMIUM.

En. Hisham Othman juga pekayuh dari Team KU2 MTB....akan menyumbangkan Tshirts Limited Edition kpd Juara setiap Kategori Pertandingan....Terima kasih.
Peserta boleh membeli lain lain tshirts di gerai jualan beliau pada hari



Saturday 16 April 2016

JAMI BIKE CENTRE di otai4

JAMI BIKE CENTRE di Otai4.

JAMI BIKE CENTRE selaku pengedar tunggal Basikal PINARELLO dan Tayar berjenama VITTORIA telah bermurah hati untuk menghadiahkan barangan Tayar MTB dan lain lain aksesori kepada pemenang.
Terima Kasih Bro Jemi..my fren.






Friday 15 April 2016

CHAOYANG TIRE DI OTAI4



CHAOYANG TIRE di Otai4.

Terima kasih Abang Din ...Towkey Kedai basikal Din Cycle dan juga Team Kayuh Beb kerana sudi mempromosikan Tayar Basikal jenama ChaoYang di Otai4 nanti.Peserta berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa Tayar MTB jenama ChaoYang dgn pelbagai saiz dan lain lain aksesori basikal sumbangan Din Cycle.

Garis MULA/TAMAT juga di hiasi dgn pintu gerbang ChaoYang.

Terima kasih.












Thursday 14 April 2016

HADIAH HADIAH DI OTAI4

HADIAH HADIAH DI OTAI4.

Berikut ialah senarai Hadiah yang akan dibawa pulang oleh peserta Otai4 nanti.
Terima kasih kpd rakan penaja yang turut sama memeriahkan Otai4 .

Tempat 1 hingga 3 setiap kategori pertandingan akan menerima Plaque,hamper penganjur dan barangan sponsor.

Tempat 4 hingga 10 setiap kategori pertandingan akan menerima Plaque dan hadiah iringan (jika ada)

GRAND LUCKY DRAW.
1.2 UNIT TV 32 INCH 
2.1 UNIT BAR FRIDGE.
3.1 UNIT TV LED 40 INCH.
4.1 UNIT PANASONIC MICROWAVE.
5.1 UNIT WATER DISPENSER.
6.1 UNIT STAND FAN.
7.1 UNIT AIR POT.
8.1 UNIT RICE COOKER.
9. 1 UNIT BLENDER.
10.1 UNIT STEAM IRON.
11.1 UNIT TABLE FAN.
12.1 UNIT PHILIPS DVD PLAYER.

OUTSIDE LUCKY DRAW.
1. Lebih dari 500 UNIT iaitu Tuala Muka Otai dan lain lain barangan aksesori basikal.

LAIN LAIN LUCKY DRAW /HADIAH oleh RAKAN PENAJA.
1. Produk NUTRITION S7 dari Hybrid Nutrilab 10 unit.
2. Produk isogenik e+ shot dari FitRich Fit Ind. Associate
3. Penginapan Percuma di Kalumpang Resot bernilai RM3 ribu.
4. Produk Tayar Chaoyang dari Din Cycle Kayuh Beb.
5. Langganan Majallah RODA PANTAS.
6. Hamper sumbangan individu.
7. Tshirt sumbangan individu.
8. Aksesori basikal sumbangan Jiwa Basikal ,Ligamas Cycle dan Jami Bike Centre.
9.Setiap peserta juga akan menerima LA Coffe dan majallah Roda Pantas .
dan lain lain lagi barangan dan produk yang akan diterima sehingga event berlangsung.

Tuesday 12 April 2016

AYAM TEMPAYAN DI OTAI4

AYAM TEMPAYAN DI OTAI4.

Penganjur ingin memperkenalkan produk baru...iaitu AYAM TEMPAYAN selain dari Kambing Bakar.
Selepas berkayuh..pekena ayam bakaq ni pon best....kayuh lah laju laju....lambat sampai ayam pon habis...







Friday 8 April 2016

TERIMA KASIH PLUS

Terima kasih PLUS.
OTAI Mountain Bike Challenge kali ke4 telah menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan mineral water dari PLUS sebentar tadi.
Saya mewakili penganjur...mengucapkan ribuan terima kasih kepada PLUS.
Kami yakin ...banyak badan badan korporat dil uar sana yang sudah mula memberi kepercayaan dan berminat untuk menjayakan penganjuran seperti ini.(csr corporate social responsibility)
PLUS juga menghantar ramai peserta untuk mengambil bahagian dlm OTAI kali ke 4 ini.

Kelihatan di gambar
Dari kini En.Mohd Nizam Ismail ..Ketua Jabatan Komunikasi Korporat PLUS.
Tengah...Tuan Ku Jamil..Pengurus Kanan..
Kanan....En.Nadzir Nizman...selaku AJK SBCC.





Sunday 3 April 2016

TEST TREK OTAI 3hb April 2016

TEST TRAIL OTAI4.
Terima kasih kpd team yang menghantar wakil di Test Trail Otai4 pada kali ini.Selepas membaca doa pelepasan di dalam hati masing2... dengan penuh bersemangat...riders mula berkayuh tepat jam 8.30 pagi.
Untuk mencatatkan masa terpantas....penganjur telah menjemput Riders Junior SBCC yang diketuai oleh Khairul Aniq dan Ki My bersama rakan rakan.
Hasilnya ,dgn jarak trek 27km ini,masa terpantas yang direkodkan ialah 58minit 28saat ....dicatatkan oleh Aniq. Terima kasih.
Semua riders tiba tiba di garisan penamat kurang dari 2jam 30 minit ..iaitu tempoh masa yang telah ditetapkan.
Pandangan dan teguran oleh riders atas aspek keselamatan trek diucapkan terima kasih dan akan di ambil tindakan.
Minta maaf..saya selaku admin tak dapat berjumpa dan bertegur sapa dgn setiap riders..walau bagaimana pun.... otai memang sporting.
Riders juga dijamu dgn hidangan nasi kambing dan kambing bakar di garisan penamat. ...majlis bersurai Jam 12.30 tgh hari.
Sehingga bertemu kembali di hari pertandingan.

Boleh lihat foto di fcbk otai4..sila click